Pastinya kebanyakan individu secara asasnya sudah mengetahui permasalahan obesiti dan kesannya kepada individuterlibat. Obesiti ditakrfikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat, di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Seseorang itu boleh dianggap mengalami obesiti sekiranya bacaan Indeks Jisim Badan (IJB) atau Body Mass Index (BMI) melebihi 27.5 ke atas. Individu yang mengalami obesiti lebih cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit “osteoarthritis”.
Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.
Dalam kajian tersebut seramai 12,300 orang dewasa berumur 18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibat menghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin.
Manakala wanita yang mengalami obesiti pula 4.3 kali lebih cenderung untuk mengandung tanpa dirancang berbanding mereka yang tidak mengalami masalah obesiti.
Kajian tersebut telah dilakukan di Perancis dan United Kingdom dan diterbitkan di British Medical Journal (BMJ) yang dimiliki oleh British Medical Association. Walaubagaimanapun kajian tersebut juga menyebut faktor lokasi, budaya dan gaya hidup mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian sekiranya dijalankan di tempat lain.
Untuk mengira sama ada seseorang individu tersebut mengalami obesiti atau tidak, kiraan yang digunakan secara universal adalah:
IJB = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Kemudian jumlah IJB yang diira tersebut dirujuk kepada jadual di bawah ni:
Indeks Jisim Badan (IJB) Status
Kurang dari 18.5 Kurang berat badan
18.5 – 22.9 Berat badan unggul
> 23.0 Lebih berat badan (gemuk)
23.0 – 27.4 Pra-obes
27.5 dan ke atas Obes
Untuk semak status obesiti secara online boleh rujuk di laman Online BMI Tools yang disediakan oleh Malaysian Society for the Study of Obesity (MASO). Kalau ada masa check lah, saya sudah check, setakat ni belum masuk kategori obes lagi. :D
Ada sedikit perbezaan dari segi jumlah IJB yang dikategorikan sebagai obesiti, artikel dar infosihat Kementerian Kesihatan menetapkan jumlah IJB 27.5 ke atas sebagai obes manakala MASO pula menetapkan IJB berjumlah 30. Walau apapun yang pasti obesiti banyak memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan setiap individu.
source:http://myjazmanie.com/2010/kesan-obesiti-terhadap-kesihatan-seksual/
Bahayanya PMS
-
Sampai dengan 90 percent perempuan di usia melahirkan mengalami beberapa
tingkat premenstrual syndrome (PMS) dan para ahli memperkirakan 3-5 persen
dari m...
13 tahun yang lalu